6. Apa itu Rules of Third (RO3)?
Pada kebiasaannya, kita akan mengambil sesebuah gambar itu dengan subjeknya berada ditengah-tengah gambar. Dan selalunya gambar yang diambil begini moodnya sangat bosan. Tetapi jika mengaplikasikan teknik komposisi Rules of Third (RO3) ini, anda akan dapati gambar yang diambil tidak lagi membosankan. Malah kita akan dapati gambar yang diambil lebih menarik dan mempunyai sedikit sebanyak nilai-nilai artistik.
Jadi, apakah itu RO3? RO3 ini adalah teknik komposisi yang mana cuba kita bayangkan pada view finder kita itu terdapat 3 garisan melintang dan 3 garisan menegak yang memotong ruang pada view finder kita itu dan membahagikan kepada 9 bahagian yang sama besar.
![]() |
Rules of Third (RO3) imaginary lines |
Cuba kita lihat pada gambar di atas, terdapat 4 titik bersilang di tengah-tengah yang mana kita akan letakkan subjek pada salah satu daripada 4 titik ini (seperti gambar di bawah).
Jika subjek kita diletakkan pada salah satu daripada 4 titik ini, gambar yang dihasilkan menjadi lebih menarik. Dan jika terdapat lebih dari 1 subjek (cth: 2 subjek), cuba compose supaya kedua-dua subjek berada pada mana-mana kedudukan RO3 ini, dan anda akan dapati gambar yang dihasilkan mempunyai nilai / cerita yang tersendiri.
Tujuan RO3 ini adalah sebagai panduan kepada komposisi kreatif dan penggunaan ruang yang optimum dalam frame sesebuah gambar bagi mengelakkan ruang negatif (ruang yang tak diperlukan) dalam sesebuah gambar.
RO3 ini tidak semestinya diikuti setiap kali anda ingin mengambil gambar, cuma sebagai panduan sahaja. Aku pernah terima feedback yang berbunyi, "...setiap kali anda ingin merakamkan gambar, anda mesti menggunakan RO3.". Kenyataan ini adalah tidak betul kerana RO3 ini panduan mengambil gambar sahaja. Jika kita ingin mengambil gambar majlis perkahwinan atau gambar VIP, takkan kita nak apply RO3? Tentu kita terlepas moment yang penting jika kita ketika itu sedang sibuk untuk fikirkan RO3 untuk subjek kita itu.. Masa inilah kita akan break the rule.
Sekian dulu untuk kali ini. Selamat mencuba.
~ DarwisyLuvDSLR