Sunday, April 10, 2011

4. Exposure Triangle..

Apa itu Exposure Triangle?



Exposure Triangle merupakan gabungan elemen-elemen penting dalam DSLR bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik. Juga merupakan panduan setting pada kamera melalui komponen utama yang terdiri daripada ISO, Aperture dan Shutter Speed..

Bereksperimen dengan ketiga-tiga setting komponen ini akan memberi kita kemahiran dalam menentukan gambar yang bagaimana yang kita kehendaki. Adunan setting berbeza untuk ketiga-tiga komponen ini hanya boleh didapati di dalam mode M (manual) sahaja. 

Walaubagaimana pun, di dalam mode Aperture Priority (Av atau A) hanya dua komponen sahaja yang boleh kita tentukan iaitu Aperture dan ISO, tetapi tanpa kita sedari bahawa Shutter Speed juga diadun bersama setting kita tadi cuma ianya dikawal secara automatik oleh kamera. Begitu juga dengan mode Shutter Priority (Tv atau S) hanya Shutter Speed dan ISO sahaja yang boleh kita kawal tetapi Aperture dikawal oleh kamera. Kedua-dua mode ini juga mengaplikasikan prinsip Exposure Triangle ini dengan dua komponen yang dikawal oleh kita sendiri manakala satu komponen lagi dikawal secara automatik oleh kamera.

Mode Aperture Priority dan juga Shutter Priority ini juga dikenali sebagai mode semi-auto. Penjelasan lanjut mengenai kedua-dua mode ini akan saya huraikan dalam post yang akan datang. Selamat bereksperimen!

~DarwisyLuvDSLR

Saturday, April 9, 2011

3. Shutter Speed..

Apa itu Shutter Speed (SS)?


Shutter Speed (SS) atau dengan nama lainnya, Exposure Time ialah sela masa untuk bukaan shutter pada kamera bagi kemasukan cahaya. semakin lama tempoh masa bukaan shutter, semakin banyak jumlah cahaya yang masuk kedalam kamera. 


SS dapat dikenali dengan melihat pada display kamera dimana nilai-nilai yang mewakili SS ini ditunjukkan seperti 1/25, 1/50, 1/125 dan sebagainya. SS dikawal daripada kamera dan bukannya pada lens yang digunakan. berbeza dengan aperture yang mana bergantung kepada keupayaan bukaan pada lens.


Julat SS pada kamera digital adalah seperti berikut:


- kurang dari 1 saat ditandakan seperti 1/25, 1/50 dan sebagainya..
- 1 saat dan lebih daripada 1 saat ditanda sebagai 1", 2", hingga 30" yang mana tanda " membawa maksud saat.
- jika lebih dari 30", anda akan melihat pada display anda ditanda sebagai BULB dan pada mode BULB ini, anda sendiri yang menentukan berapa lama bukaan shutter selagi anda menekan butang shutter sehingga anda melepaskannya. (teknik ini dikenali sebagai low speed shutter / long shutter dan biasanya memerlukan shutter remote cord / wireless remote shutter bersama-sama juga tripod)


SS yang laju akan memegunkan gambar dimana semua objek yang bergerak di dalam gambar akan kelihatan terhenti dan tajam. Manakala SS yang perlahan sedikit akan memberikan hasil yang berbeza. Objek yang bergerak akan kelihatan pegun manakala objek yang pegun akan kelihatan kabur sedikit (kamera fokus pada objek bergerak; teknik ini dinamakan panning iaitu sebahagian daripada teknik slow shutter).


Kesimpulan:



Semakin laju shutter speed --> semakin sekejap masa shutter terbuka --> semakin rendah kemasukan cahaya --> semakin sharp (kaku) subjek itu

atau, sebaliknya

Semakin perlahan shutter speed --> semakin lama masa shutter terbuka --> semakin tinggi kemasukan cahaya --> semakin blur subjek itu








~DarwisyLuvDSLR

Friday, April 8, 2011

2. Aperture..

Apa itu Aperture?


Aperture atau kata nama lainnya ialah iris iaitu suatu mekanisme di dalam lens yang berfungsi mengawal bukaan pada lens (mengawal jumlah kemasukan cahaya ke dalam lens).

Semakin besar bukaan pada lens bermakna semakin banyak jumlah cahaya yang masuk kedalam lens. Tetapi, nilai aperture ini boleh dilihat pada display kamera anda. Kebiasaannya ditanda dengan unit F-stop. Contohnya, F2.8, F1.8, F1.4, dan sebagainya ( atau f/2.8, f/1.8, f/1.4..).. Semakin besar nilai F berkenaan bermaksud semakin kecil bukaan iris pada lens dan semakin kurang cahaya yang masuk.

Saya ada dengar tips dari fotografer professional mengatakan bahawa nilai aperture yang kecil (F besar) sesuai untuk penggambaran landskap. sebagai contoh F16 hingga F29.. Manakala nilai aperture yang besar (F kecil) sesuai untuk penggambaran potraiture (F11 dan ke bawah).. Untuk kesan bokeh (apa itu bokeh akan saya terangkan pada post yang akan datang) yang menarik, sebolehnya gunakan F yang paling besar yang mungkin pada kamera/lens anda.

Nilai F yang terbesar boleh diketahui mengikut lens: kitlens biasanya dinyatakan nilai F diantara 3.5-5.6, lens telefoto / wide angle pula biasanya F4-F6 manakala prime lens / macro lens pula mempunyai nilai aperture yang lebih besar, contohnya F2.8, F1.8, F1.4..

~DarwisyLuvDSLR

1. ISO...

Apa itu ISO?


ISO - International Standard Organization; secara ringkasnya merujuk kepada kepekaan/sensitiviti kepada cahaya


Terdapat beberapa pilihan ISO bergantung kepada jenis kamera:-
ISO 100, ISO 200, ISO 400, ISO 800, ISO 1600, ISO 3200, ISO 6400 dan ISO 12800


Sesetengah kamera mempunyai mode ISO yang tidak terdapat pada kamera lain, contohnya:-
ISO Low (iaitu ISO yang kurang dari 100)


Apa maksud nombor ISO?


Nombor yang berada di belakang ISO itu (cth: ISO 100) merujuk kepada jumlah kepekaan sensor kepada cahaya). 


Secara teori, pemilihan nilai ISO adalah berlawanan dengan keadaan pencahayaan persekitaran. 


Semakin cerah / terang cahaya persekitaran = semakin rendah nilai ISO


Semakin tinggi pemilihan nilai ISO, bermakna sensor seolah-olah memberikan cahaya artificial kepada gambar supaya hasil akhir gambar yang kita preview lebih terang. 


Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa semakin tinggi nilai ISO yang dipilih, semaikn banyak noise yang terhasil pada gambar. Maka kita haruslah berhati-hati dalam menentukan nilai ISO sebelum mengambil gambar.




~DarwisyLuvDSLR