Exposure Triangle merupakan gabungan elemen-elemen penting dalam DSLR bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik. Juga merupakan panduan setting pada kamera melalui komponen utama yang terdiri daripada ISO, Aperture dan Shutter Speed..
Bereksperimen dengan ketiga-tiga setting komponen ini akan memberi kita kemahiran dalam menentukan gambar yang bagaimana yang kita kehendaki. Adunan setting berbeza untuk ketiga-tiga komponen ini hanya boleh didapati di dalam mode M (manual) sahaja.
Walaubagaimana pun, di dalam mode Aperture Priority (Av atau A) hanya dua komponen sahaja yang boleh kita tentukan iaitu Aperture dan ISO, tetapi tanpa kita sedari bahawa Shutter Speed juga diadun bersama setting kita tadi cuma ianya dikawal secara automatik oleh kamera. Begitu juga dengan mode Shutter Priority (Tv atau S) hanya Shutter Speed dan ISO sahaja yang boleh kita kawal tetapi Aperture dikawal oleh kamera. Kedua-dua mode ini juga mengaplikasikan prinsip Exposure Triangle ini dengan dua komponen yang dikawal oleh kita sendiri manakala satu komponen lagi dikawal secara automatik oleh kamera.
Mode Aperture Priority dan juga Shutter Priority ini juga dikenali sebagai mode semi-auto. Penjelasan lanjut mengenai kedua-dua mode ini akan saya huraikan dalam post yang akan datang. Selamat bereksperimen!
~DarwisyLuvDSLR
No comments:
Post a Comment