7. Bokeh??
Bokeh? mungkin pada yang baru memiliki DSLR tidak tahu apa itu bokeh. [sila rujuk nota aku no. 5 DOF untuk memahami bagaimana bokeh ini terhasil]
bokeh ialah berasal dari perkataan jepun; bo-keh (yang disebut bokay) yang membawa maksud kabur. mengapa perlu kepada gambar yang kabur? sebelum aku cerita pasal bokeh ni, aku nak jelaskan yang gambar yang kita rakam, tidak semestinya perlu tajam atau sharp (in-focus). kadangkala gambar yang mempunyai elemen kabur / blur juga mempunyai nilai seni yang tersendiri ini adalah kerana sesetengah gambar mempunyai elemen yang tidak diperlukan langsung oleh sesebuah gambar [atau dalam erti kata lain, buat semak gambar je...] jadi, elemen yang tak diperlukan ini yang memang kita tak boleh elakkan semasa framing, hendaklah kita kaburkan dengan membuat sedikit kawalan ke atas depth-of-field (DOF) iaitu mengawal aperture (nilai f) kita..
bagaimana nak dapatkan hasil bokeh ini? biasanya, kita perlu gunakan aperture yang terbesar yang lensa anda boleh pergi (nilai f terkecil sekali) dan mengawal fokus anda secara manual untuk menentukan subjek di dalam fokus (in-focus) dan subjek di luar fokus (out-of-focus). terdapat beberapa keadaan subjek ini seperti yang telah aku story kat korang dalam chapter yang lepas.
gambar bunga di atas adalah sebagai contoh bokeh. gambar ni tanpa editing. cuma kita perlu tahu subjek yang mana yang kita perlu fokus. jangan dilupa pula pada tetapan mode metering di kamera anda iaitu gunakan center weighted ataupun spot metering mode untuk hasil yang lebih memberansangkan.
jadi, kepada korang semua, selamat mencuba!
~DarwisyLuvDSLR
No comments:
Post a Comment