Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 yang mengikuti blog DarwisyLuvDSLR ni. Kali ini aku akan menceritakan serba sedikit mengenai Depth of Field (DOF).
5. Apa itu Depth of Field (DOF)?
Secara ringkasnya, Depth of Field (DOF) ini merujuk kepada bahagian atau ruangan tertentu di dalam sesebuah gambar yang mana dilihat tajam dan jelas (sharp) atau dalam istilah fotografinya adalah in-focus.
DOF sesebuah gambar ditentukan oeh jurugambar itu sendiri yang mana terbahagi kepada 2 kategori:
- DOF nipis;
- DOF luas
DOF Luas
Kita bercerita mengenai DOF luas dahulu. DOF luas ialah di mana keseluruhan elemen di dalam gambar yang diambil adalah jelas dan tajam yang biasanya DOF luas ini diaplikasikan untuk mengambil gambar pemandangan (landscape), kerana jika mengambil gambar pemandangan, kita mesti mahukan keseluruhan gambar jelas dan tajam.
DOF Nipis
Berbeza daripada DOF luas, DOF nipis merujuk kepada bahaian tertentu di dalam gambar yang jelas dan tajam dan elemen yang lainnya kabur. Keadaan ini tebahagi kepada beberapa jenis:
- Foreground tajam atau in-focus, mid-ground dan background kabur;
- Mid-ground tajam manakala foreground dan background kabur; ATAU
- background tajam manakala foreground dan mid-ground kabur
Unsur DOF nipis yang diaplikasikan di dalam sesebuah gambar juga dinamakan sebagai "BOKEH" yang mana akan diterangkan pada chapter yang akan datang.
(contoh gambar akan diupload kemudian)
Faktor yang mempengaruhi keluasan DOF
Ada beberapa faktor yang mempengaruhi keluasan DOF:
- bukaan aperture;
- panjang fokal lens (focal lenght);
- jarak antara subjek dan kamera
Bukaan Aperture - seperti yang telah dijelaskan dalam tajuk yang ke-2, bukaan aperture adalah dibaca secara terbalik; iaitu semakin kecil nilai aperture itu, semakin besar bukaan aperture tersebut untuk kemasukan cahaya. Untuk tajuk DOF ini, kesan kepada DOF yang luas adalah dari f/6.3 dan ke atas dan biasanya tidak memberikan kesan bokeh yang kemas. Berbeza jika menggunakan bukaan f/5.6 ke bawah yang mana memberikan kesan bokeh yang kemas dan halus (bergantung kepada jenis lens yang digunakan).
Panjang Fokal - lens yang mempunyai panjang fokal 300mm memberikan sudut pandangan yang sempit (yang mana objek yang kecil dan jauh kelihatan dekat dan besar di dalam gambar) dan mengasilkan DOF yang sempit, berbeza dengan lens yang mempunyai panjang fokal yang pendek (cth: 18-55mm) memberikan sudut pandangan yang luas dan dalam masa yang sama menghasilkan DOF yang luas.
Jarak antara kamera dan subjek - kitlens (18-55mm / 18-135mm / 18-105mm) biasanya mempunyai jarak fokus minimum 0.45m manakala lens macro mempunyai jarak fokus minimum sehingga 0.1m. Di sini kita dapat lihat, lens yang mempunyai jarak fokus yang dekat (seperti macro lens) akan memberikan kita DOF yang nipis manakala kitlens agak sukar untuk mendapatkan DOF nipis.
Sekian dahulu, semoga info ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengambil gambar.
~DarwisyLuvDSLR
No comments:
Post a Comment