Monday, September 23, 2013

Peralihan

Peralihan?? Apa yang telah beralih? 

Oooo... iOS6.1.3 (yang kekadang biol) ke iOS7.. Simple sangat tapi agak smooth.. Kamera yang baru ada ciri square format dan juga HDR..


Tapi ikon2 yang baru ni terlalu simple, malah ketika update application, penunjuk update progress tuun lain, bukannya pada ikon apps itu sendiri.. Wallpaper standard (mungkin dalam 12 keping) juga dah takde, digantikan dengan 2 gambar wallpaper iOS7 yg baru.. 

Navigasi gestures pula menampakkan penambahbaikan disini.. Semakin smooth.. Lupa juga untuk nyatakan disini yg iOs7 ni juga sangat menjimatkan penggunaan bateri iDevice anda!!!

Cukup dulu kot review iOS7 buat masa ni.. Kalau ada lagi features yg menarik dari iOS7 ni lagi, aku akan tambah dari semasa ke semasa..

~LenScape Photography by ShahrilShaari (C) 2013

Saturday, July 28, 2012

S.E.P.I

Assalamualaikum semua... Lama dah aku tak berkarya dan menulis dalam blog ni.. Rasanya dah hampir setahun @ dekat2 setahun jugak la aku tak menjengah blog ni. sejak setahun yg lalu, memang aku agak sibuk dengan kerja yang tak sudah-sudah sampai la hari ni. Tambahan pula sejak dari tu aku pun dah lama tak pegang kamera dan berkarya..

Baru-baru ni aku cuba membelek semula kamera yg hampir setahun tak bersentuh tu, bila jari aku menekan sahaja butang shutter, gambar yang terhasil amatlah tidak memuaskan hati.. tangan dah pengkaq bak kata orang utara.. apa yang aku fikir masa tu ialah apa yg dah jadi ni??

Tapi untuk membelek betul-betul kamera ni, dan nak mengasah balik skill fotografi aku ni mungkin akan mengambil masa sedikit.. Ye la, Sekarang ni aku masih terikat lagi dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan dulu.. harap-harap esok dah selesai la satu perkara.

ok la semua, agak bosan post aku kali ni.. Malas nak menulis lagi, moga jumpa lagi di lain waktu. Wassalam dan salam Ramadhan buat semua.

~DarwisyLuvDSLR

Monday, September 19, 2011

7. Bokeh...

7. Bokeh??

Bokeh? mungkin pada yang baru memiliki DSLR tidak tahu apa itu bokeh. [sila rujuk nota aku no. 5 DOF untuk memahami bagaimana bokeh ini terhasil]

bokeh ialah berasal dari perkataan jepun; bo-keh (yang disebut bokay) yang membawa maksud kabur. mengapa perlu kepada gambar yang kabur? sebelum aku cerita pasal bokeh ni, aku nak jelaskan yang gambar yang kita rakam, tidak semestinya perlu tajam atau sharp (in-focus). kadangkala gambar yang mempunyai elemen kabur / blur juga mempunyai nilai seni yang tersendiri ini adalah kerana sesetengah gambar mempunyai elemen yang tidak diperlukan langsung oleh sesebuah gambar [atau dalam erti kata lain, buat semak gambar je...] jadi, elemen yang tak diperlukan ini yang memang kita tak boleh elakkan semasa framing, hendaklah kita kaburkan dengan membuat sedikit kawalan ke atas depth-of-field (DOF) iaitu mengawal aperture (nilai f) kita..

bagaimana nak dapatkan hasil bokeh ini? biasanya, kita perlu gunakan aperture yang terbesar yang lensa anda boleh pergi (nilai f terkecil sekali) dan mengawal fokus anda secara manual untuk menentukan subjek di dalam fokus (in-focus) dan subjek di luar fokus (out-of-focus). terdapat beberapa keadaan subjek ini seperti yang telah aku story kat korang dalam chapter yang lepas.


gambar bunga di atas adalah sebagai contoh bokeh. gambar ni tanpa editing. cuma kita perlu tahu subjek yang mana yang kita perlu fokus. jangan dilupa pula pada tetapan mode metering di kamera anda iaitu gunakan center weighted ataupun spot metering mode untuk hasil yang lebih memberansangkan.

jadi, kepada korang semua, selamat mencuba!

~DarwisyLuvDSLR

coretan bosan..

salam sejahtera dan salam syawal kepada semua pengikut-pengikut blog ni,, harap masih tak terlambat lagi aku mengucapkan selamat hari raya pada korang semua..

mohon maaf dahulu kerana tak ada bahan / cerita / topik / artikel yang baru dalam blog aku ni..

giler busy idup aku sekarang ni.. nak update blog, nak tulis artikel, nak itu, nak ini semua tak sempat.. plan banyak topik yang aku nak tulis ni.. idea tu ada la sikit-sikit.. tp busy punya pasal, sampai tak sempat nak buat apa-apa. so, bagi sesiapa yg follow tu, tunggu je la.. aku akan cuba ambik cuti untuk update blog aku ni.. [cewah.. cuti semata-mata nak update blog.. gile ke apa?? maklum la, tak reti nak update blog guna henfon.. nak lak henfon nokia itam putih..]

dan, terima kasih banyak-banyak la kepada semua pengikut-pengikut dan yang menyokong blog ni. walaupun blog ni masih lagi muda dan mentah, dan serba serbi kekurangan dari segi bahan dan artikel, segala sokongan anda amatlah dihargai dan aku masih memerlukan sokongan kalian semua supaya blog ini tidak berkubur..

aku nak share sumber fotografi yang aku dapatkan idea menulis untuk blog aku ni.. amat berguna pada aku, dan aku translate lak utk korang..

1. http://www.picturecorrect.com/

2. http://www.digital-photography-school.com/

dan dari yg otai2 di Malaysia,

3. http://ejadfotopoyo.blogspot.com/

4. http://adhadimohd.com/

mungkin kalau aku tak sempat menulis lagi, so korang dah tau la kat mana nak cari sumber bacaan, tips mengenai fotografi ni..

oh ya.. minggu ni group FB 'Bengkel DSLR Percuma' anjuran Adhadi Mohd telah menetapkan tema assignment mingguan, untuk minggu ini adalah berkenaan Light Painting.. rasanya aku pernah bercerita pengalaman dan tips bagaimana nak buat light painting ni.. kalau inginkan panduan asas bagaimana nak buat light painting ni, sila2 lah tengok post aku yang terdahulu tu.. kalau tak jumpa, korang google je.. selamat mencuba!


terima kasih semua..

~DarwisyLuvDSLR

Saturday, May 21, 2011

6. RULES OF THIRD (RO3)

Berjumpa lagi. Kali ini aku nak berkongsi mengenai komposisi asas ketika mengambil gambar iaitu Rules of Third (RO3).

6. Apa itu Rules of Third (RO3)?

Pada kebiasaannya, kita akan mengambil sesebuah gambar itu dengan subjeknya berada ditengah-tengah gambar. Dan selalunya gambar yang diambil begini moodnya sangat bosan. Tetapi jika mengaplikasikan teknik komposisi Rules of Third (RO3) ini, anda akan dapati gambar yang diambil tidak lagi membosankan. Malah kita akan dapati gambar yang diambil lebih menarik dan mempunyai sedikit sebanyak nilai-nilai artistik.

Jadi, apakah itu RO3? RO3 ini adalah teknik komposisi yang mana cuba kita bayangkan pada view finder kita itu terdapat 3 garisan melintang dan 3 garisan menegak yang memotong ruang pada view finder kita itu dan membahagikan kepada 9 bahagian yang sama besar.

Rules of Third (RO3) imaginary lines

Cuba kita lihat pada gambar di atas, terdapat 4 titik bersilang di tengah-tengah yang mana kita akan letakkan subjek pada salah satu daripada 4 titik ini (seperti gambar di bawah).


Jika subjek kita diletakkan pada salah satu daripada 4 titik ini, gambar yang dihasilkan menjadi lebih menarik. Dan jika terdapat lebih dari 1 subjek (cth: 2 subjek), cuba compose supaya kedua-dua subjek berada pada mana-mana kedudukan RO3 ini, dan anda akan dapati gambar yang dihasilkan mempunyai nilai / cerita yang tersendiri.

Tujuan RO3 ini adalah sebagai panduan kepada komposisi kreatif dan penggunaan ruang yang optimum dalam frame sesebuah gambar bagi mengelakkan ruang negatif (ruang yang tak diperlukan) dalam sesebuah gambar. 

RO3 ini tidak semestinya diikuti setiap kali anda ingin mengambil gambar, cuma sebagai panduan sahaja. Aku pernah terima feedback yang berbunyi, "...setiap kali anda ingin merakamkan gambar, anda mesti menggunakan RO3.". Kenyataan ini adalah tidak betul kerana RO3 ini panduan mengambil gambar sahaja. Jika kita ingin mengambil gambar majlis perkahwinan atau gambar VIP, takkan kita nak apply RO3? Tentu kita terlepas moment yang penting jika kita ketika itu sedang sibuk untuk fikirkan RO3 untuk subjek kita itu.. Masa inilah kita akan break the rule.

Sekian dulu untuk kali ini. Selamat mencuba.

~ DarwisyLuvDSLR

5. DEPTH OF FIELD (DOF)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 yang mengikuti blog DarwisyLuvDSLR ni. Kali ini aku akan menceritakan serba sedikit mengenai Depth of Field (DOF).


5. Apa itu Depth of Field (DOF)?


Secara ringkasnya, Depth of Field (DOF) ini merujuk kepada bahagian atau ruangan tertentu di dalam sesebuah gambar yang mana dilihat tajam dan jelas (sharp) atau dalam istilah fotografinya adalah in-focus.


DOF sesebuah gambar ditentukan oeh jurugambar itu sendiri yang mana terbahagi kepada 2 kategori:
         - DOF nipis;
         - DOF luas


DOF Luas


Kita bercerita mengenai DOF luas dahulu. DOF luas ialah di mana keseluruhan elemen di dalam gambar yang diambil adalah jelas dan tajam yang biasanya DOF luas ini diaplikasikan untuk mengambil gambar pemandangan (landscape), kerana jika mengambil gambar pemandangan, kita mesti mahukan keseluruhan gambar jelas dan tajam.


DOF Nipis


Berbeza daripada DOF luas, DOF nipis merujuk kepada bahaian tertentu di dalam gambar yang jelas dan tajam dan elemen yang lainnya kabur. Keadaan ini tebahagi kepada beberapa jenis:


- Foreground tajam atau in-focus, mid-ground dan background kabur;
- Mid-ground tajam manakala foreground dan background kabur; ATAU
- background tajam manakala foreground dan mid-ground kabur


Unsur DOF nipis yang diaplikasikan di dalam sesebuah gambar juga dinamakan sebagai "BOKEH" yang mana akan diterangkan pada chapter yang akan datang.


(contoh gambar akan diupload kemudian)




Faktor yang mempengaruhi keluasan DOF


Ada beberapa faktor yang mempengaruhi keluasan DOF:
- bukaan aperture;
- panjang fokal lens (focal lenght);
- jarak antara subjek dan kamera


Bukaan Aperture - seperti yang telah dijelaskan dalam tajuk yang ke-2, bukaan aperture adalah dibaca secara terbalik; iaitu semakin kecil nilai aperture itu, semakin besar bukaan aperture tersebut untuk kemasukan cahaya. Untuk tajuk DOF ini, kesan kepada DOF yang luas adalah dari f/6.3 dan ke atas dan biasanya tidak memberikan kesan bokeh yang kemas. Berbeza jika menggunakan bukaan f/5.6 ke bawah yang mana memberikan kesan bokeh yang kemas dan halus (bergantung kepada jenis lens yang digunakan).


Panjang Fokal - lens yang mempunyai panjang fokal 300mm memberikan sudut pandangan yang sempit (yang mana objek yang kecil dan jauh kelihatan dekat dan besar di dalam gambar) dan mengasilkan DOF yang sempit, berbeza dengan lens yang mempunyai panjang fokal yang pendek (cth: 18-55mm) memberikan sudut pandangan yang luas dan dalam masa yang sama menghasilkan DOF yang luas.


Jarak antara kamera dan subjek - kitlens (18-55mm / 18-135mm / 18-105mm) biasanya mempunyai jarak fokus minimum 0.45m manakala lens macro mempunyai jarak fokus minimum sehingga 0.1m. Di sini kita dapat lihat, lens yang mempunyai jarak fokus yang dekat (seperti macro lens) akan memberikan kita DOF yang nipis manakala kitlens agak sukar untuk mendapatkan DOF nipis.


Sekian dahulu, semoga info ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengambil gambar.


~DarwisyLuvDSLR 

Sunday, April 10, 2011

4. Exposure Triangle..

Apa itu Exposure Triangle?



Exposure Triangle merupakan gabungan elemen-elemen penting dalam DSLR bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik. Juga merupakan panduan setting pada kamera melalui komponen utama yang terdiri daripada ISO, Aperture dan Shutter Speed..

Bereksperimen dengan ketiga-tiga setting komponen ini akan memberi kita kemahiran dalam menentukan gambar yang bagaimana yang kita kehendaki. Adunan setting berbeza untuk ketiga-tiga komponen ini hanya boleh didapati di dalam mode M (manual) sahaja. 

Walaubagaimana pun, di dalam mode Aperture Priority (Av atau A) hanya dua komponen sahaja yang boleh kita tentukan iaitu Aperture dan ISO, tetapi tanpa kita sedari bahawa Shutter Speed juga diadun bersama setting kita tadi cuma ianya dikawal secara automatik oleh kamera. Begitu juga dengan mode Shutter Priority (Tv atau S) hanya Shutter Speed dan ISO sahaja yang boleh kita kawal tetapi Aperture dikawal oleh kamera. Kedua-dua mode ini juga mengaplikasikan prinsip Exposure Triangle ini dengan dua komponen yang dikawal oleh kita sendiri manakala satu komponen lagi dikawal secara automatik oleh kamera.

Mode Aperture Priority dan juga Shutter Priority ini juga dikenali sebagai mode semi-auto. Penjelasan lanjut mengenai kedua-dua mode ini akan saya huraikan dalam post yang akan datang. Selamat bereksperimen!

~DarwisyLuvDSLR