Friday, March 25, 2011

Light Painting...

aku tak berkesempatan nak menulis mengenai apa itu rule of third, depth-of-field, dan lain2 spt yg aku janjikan.. sebabnya, tak sempat nak mengarang dan mengumpulkan bahan2 artikel.

so, sbg ganti, aku nak cerita pasal light painting.. apa itu light painting? light painting ni merupakan satu trick menggunakan kamera untuk menghasilkan imej bayangan cahaya. berikut adalah contoh2 yg pertama kali aku cuba, setelah belajar menerusi google.. hehehe.. tak belajar ngan sifu lagi ni.. komen anda amatlah dialu-alukan..




aku nak tulis nama akhir anak aku "Darwisy" tapi D tu ekornya panjang sgt dah nampak macam P. biasa la budak baru belajar light painting.. belajar pun dgn google je.. insya'allah aku akan berguru dan memperbaiki skill light painting ni.. lihat pada hasil berikutnya.






...percubaan yang kedua.. kali ni line kat bawah tu bertindan lak ngan subjek yg aku buat...



ok, yg ni mcm ada perspektif sket sbb nampak macam tulisan tu makin ke dalam.. (percubaan ke-3)



Bagaimana untuk menghasilkan Light Painting

Peralatan yg perlu untuk menghasilkan light painting:
1. Kamera DSLR
2. Tripod
3. Lampu suluh
4. Kawasan yg gelap (atau kurang cahaya)
5. Remote shutter (klu takde, guna self timer je mcm percubaan aku di atas)

Teknik menghasilkan light painting:
1. Setkan kamera anda pada mode M (manual)
2. Pilih shutter speed sekurang-kurangnya 10 saat
3. Setkan bukaan aperture pada bukaan yg terbesar mungkin pada kamera anda (cth: f/3.5)
4. Pilih ISO yg terendah sekali (ISO 100)
5. White balance pula disetkan pada daylight
6. Setkan self timer (kerana anda tidak akan menyentuh butang shutter utk mengelakkan kamera goyang)
7. Tekan shutter dan terus ke hadapan kamera dan memulakan light painting mengikut kesukaan anda
    (pastikan anda ON lampu suluh anda utk light painting dan OFF utk mendapatkan space)
8. Setelah selesai, tunggu sehingga shutter tertutup dan kemudian lihatlah hasilnya..


selamat mencuba...

~DarwisyLuvDSLR

Tuesday, March 22, 2011

Apa yg perlu anda tahu pada paparan LCD DSLR anda?



berikut di atas merupakan display yg anda dapat lihat pada DSLR anda (Canon EOS) manakala untuk pengguna Nikon adalah seperti di bawah:



1
Shooting mode
16
Help icon
2
Aperture (f-number)
17
Exposure indicator
3
Shutter speed
Exposure compensation indicator
4
Shutter speed display
Electronic rangefinder
5
Aperture display
18
Number of exposures remaining
6
Auto-area AF indicator
19
"K" (appears when memory remains for over 1000 exposures)
3D-tracking indicator
20
Flash mode
Focus point
21
Flash compensation
7
Eye-Fi connection indicator
22
Exposure compensation
8
Date imprint indicator
23
Image quality
9
Manual flash indicator
24
Image size
Flash compensation indicator for optional flash units
25
White balance
10
Auto ISO sensitivity indicator
26
ISO sensitivity
11
Picture control
27
Focus mode
12
Release mode
28
AF-area mode
13
Beep indicator
29
Metering
14
Battery indicator
30
Active D-Lighting
15
GPS connection indicator
31
Movie frame size


~DarwisyLuvDSLR

DSLR Mode Dial

APA YG ADA PADA MODE DIAL
di atas merupakan mode dial bagi DSLR Canon EOS 550D / Rebel T2i.

A-DEP
-atau nama panjang bagi mode ini ialah "Automatic Depth of Field". Depth of Field (DOF) akan dikawal secara automatik oleh kamera di mana semua AF point akan berfungsi untuk menentukan DOF secara auto.

M
-Full manual mode, di mana shutter speed, aperture, ISO, exposure, metering, pic style and etc adalah dikawal secara manual oleh fotografer itu sendiri.

Av
-Aperture Priority, iaitu kita mengawal bukaan aperture dan setting biasa yang lain tetapi shutter speed ditentukan oleh camera sendiri.

Tv
-Shutter Priority, iaitu kita mengawal kelajuan shutter (shutter speed) tetapi bukaan aperture dikawal oleh camera.

P
-Program AE mode, di mana camera akan mengawal kelajuan shutter dan bukaan aperture secara automatik manakala setting yang lain di kawal oleh fotografer.

CA
-Creative Auto mode, fungsi sama seperti full auto mode tetapi kawalan kepada picture brightness, depth of field dan colour tone boleh dikawal dengan mudah oleh fotografer.

[kotak hijau]
-bermaksud Full Auto mode, dimana fotografer tidak perlu membuat sebarang setting ke atas kamera, tetapi boleh terus mengambil gambar dan segala setting dikawal sepenuhnya oleh kamera. Jika di tempat yg kurang cahaya, buil-in flash akan popout  dgn sendirinya..

[no flash]
-Full Auto mode tanpa flash, mengambil gambar sama seperti full auto tetapi tanpa flash.

[gambar orang]
-potrait mode, full auto mode untuk mengambil gambar potrait.

[gambar gunung]
-landscape mode, full auto mode untuk mengambil gambar landscape.

[gambar bunga]
-macro, full auto mode untuk mengambil gambar macro (gambar jarak dekat).

[gambar orang berlari]
-sport, full auto mode untuk mengambil gambar subject yg bergerak.

[gambar orang dan bintang]
-night potrait, full auto mode untuk mengambil gambar potrait ketika waktu malam atau kekurangan cahaya.

[gambar kamera video]
-mode untuk merakam video, tetapi memerlukan setting manual seperti mengambil gambar dalam mode manual atau semi auto.

Manual mode / Semi Auto mode
mode semi-auto adalah dari A-DEP, M, Av, Tv, P dan CA.

Full Auto mode
mode bagi full auto selain dari di atas.

manakala bagi pengguna Nikon pula adalah seperti berikut:



saya nak cerita lebih2 pasal Nikon tak reti sbb saya guna Canon.. tetapi walau apa brand yang anda guna semuanya mempunyai kelebihan yang sendiri.. pada saya sbb dah guna Canon, mungkin replacement lepas ni akan Canon juga sebab lens yg saya dah ada takleh nak fix kat body ain melainkan anda ada lens converter..
pada saya, Canon sbb saya dah terbiasa dgn product dari brand ini, Nikon pula mempunya pemproses yg sungguh unik terbina dalam body sbb boleh melakukan pre-editing, Sony pula (sbg cth: Sony Alpha) boleh menghasilkan gambar yang mempunyai warna yang amat baik sekali berbanding Canon dan Nikon.. Tiap2 brand itu tak memberi apa-apa makna pada saya cuma gambar yg diambil tu terbaik atau tidak bergantung pada skill kita. jika kita diberi gambar tanpa exif data, bolehkah kita menentukan kamera brand apa yg digunakan oleh fotografer berkenaan?

"jika saya berikan anda berus yg terbaik sekali kualiti dan pembuatannya, bolehkah anda melukis monalisa?" begitu juga dengan kamera. yg penting, tepuk dada, tanya selera.. tepuk poket, tanya budget.. 


~DarwisyLuvDSLR

(Tazkirah) Khutbah Jumaat 18-03-2011 @ Masjid Sunway

hari ni, ketika beri'tikaf kat masjid, tok siak buat pengumuman bahawa tazkirah dan khutbah hari ni akan disampaikan oleh ustaz jemputan dari Penang. lupa lak nama ustaz tu.. tp aku suka cara pendekatan beliau.

ustaz ni punya cara penyampaian agak 'harsh' sikit.. namun kita pasti tak boleh menolak disebabkan oleh hujah beliau yg sangat kukuh.

khutbah pertama beliau berkisar mengenai kitab suci Al-Quran, dimana segala maklumat mengenai sains telah termaktub didalam Al-Quran sebelum para saintis barat mengeluarkan kajian meraka. beliau juga mengupas mengenai perihalan politik yang juga ada disebutkan di dalam Al-Quran.. dan, beliau menceritakan perbandingan kepimpinan Saidina Umar Al-Khattab dengan kepimpinan wakil rakyat kita hari ini.. di mana Umar Al-Khattab memimpin 1/4 dunia ini berbanding dengan pemimpin kita yg baru memegang 1 daerah @ negei yg sudah besar kepala, rasuah sana sini, kumpul kekayaan manakala rakyat tertindas dgn kemiskinan sedangkan pemerintahan Umar Al-Khattab amat berbeza. beliau hanya tinggal di dalam rumah yang kecil, kadangkala tidur di bawah pohon kurma, dan pakaian beliau yg lusuh hanya beberapa helai. dibandingkan dengan gabenor dari syria, yg diadukan oleh seorang hamba Allah kepada Umar, "ya Amirul Mukminin, sungguh zuhud engkau, yakni tidur di bawah pohon kurma, sedangkan gabenor syria bermewah-mewah. jika engkau tidak percaya, pergilah kamu melihatnya sendiri." Maka pergilah Umar ke syria dan terlihatlah beliau akan gabenor terbabit yg sedang diusung kesana kemari memakai pakaian yg indah.. terlihat akan kelibat Umar, gabenor terbabit turun dari pengusungan dan lari balik untuk menukar pakaiannya dan teru mengadap Umar sambil menjelaskan kejadian tadi, "Ya Amirul Mukminin, apa yg engkau lihat tadi hanyalah kerana aku menerima tetamu bukan islam dan aku ingin tunjukkan kepadanya yg pemimpin islam adalah hebat." Umar cuma menjawab, "aku tidak kisah dengan apa yg kamu buat tetapi sanggupkah kamu menerima penghisaban dari Allah di akhirat nnt?" terduduk gabenor tersebut dan terus menangis mendengar jawapan dari Umar. Hebatnya Saidina Umar Al-Khattab..

Khutbah kedua adalah mengenai kisah kewafatan Rasulullah saw kita yg mana jatuh pada 12 Rabiul Awal, sama tarikh dengan hari kelahiran Baginda yg jatuhnya juga pada hari Jumaat. Baginda merasakan ajalnya semakin hampir lalu ketika Bilal Bin Rabbah melaungkan azan Zohor, Baginda memanggil puterinya, Saidatina Fatimah seraya berkata, "katakan pada bilal yg aku uzur hari ini dan perintahkan Umar supaya mengimamkan jemaah.. Fatimah berlari ke masjid yg jaraknya 50m dari rumah Baginda dan beliau terserempak dengan Ali bin Abi Talib lalu menceritakan kepadanya.. mereka berdua bergegas mendapatkan Bilal dan apabila Bilal tahu perara itu, Bilal pun berlari ke rumah Rasulullah dan mengangkat Baginda ke masjid. di masjid, Umar membacakan khutbah sambil berlinangan air mata kerana mereka tahu yg masa Rasulullah telah sampai.. sehinggakan ketika sedang membaca surah didalam solat jumaat, Umar membacanya sambil menangis.. selesai solat, Rasulullah diangkat pulang kerumah, dan Baginda berkata kepada Fatimah, "..jika ada sesiapa yg ingin datang menemuiku, katakan padanya yg aku uzur". tiba2 bunyi ketukan pintu dan Fatimah bergegas membukanya lalu berdirilah seorang lelaki berpakaian putih dan Fatimah memandangnya dengan ketakutan. Fatimah kembali kepada Rasulullah dan bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah org yg berpakaian putih itu sehinggakan aku gentar melihatnya?" Rasulullah menjawab, "benarkan ia masuk menemuiku, sesungguhnya dia lah Izrail yg ingin mengambil nikmat dariku".. Izrail pun masuk dan menemui Rasulullah. Baginda bertanya kpd Izrail, " kenapa engkau lambat, ya Izrail?" "Aku cuba mencari sedikit lagi masa lagi untukmu Ya Rasulullah.. tetapi tiada lagi.." menangis Izrail menjelaskan. Rasulullah bertanya lagi ," di manakah Jibril, walhal dialah yg sering bersamaku ketika aku susah dan senang?" terdengar oleh Jibril, maka turun la ia ke sebelah Rasulullah. "aku disini Ya Rasulullah." "kenapa engkau tiada di saat kematianku hampir tiba, Jibril?" "aku tidak sanggup melihat saat kematianmu, Ya Rasulullah.. mati itu amat sakit". "maka, jalankanlah tugasmu ya Izrail,"

maka Izrail pun memulakan tugasnya dengan cara yg amat lembut sekali sehingga nyawa Rasulullah ke lutut baginda.. kedengaran Rasulullah menjerit "Allah... tiadakah cara yg paling mudah untuk kekasih Allah ini, ya Izrail?" tanya Rasulullah.. "inilah cara yang paling lembut dan halus sekali Ya Rasulullah". Izrail menyambung tugasnya kembali sehingga nyawa Rasulullah kini sampai ke pusat baginda, lalu, "Allah.... tiadakah cara yg paling mudah untuk kekasih Allah ini, ya Izrail?" baginda bertanya lagi. "tiada ya Rasulullah.. inilah cara yang paling lembut dan halus sekali Ya Rasulullah". Izrail menyambung tugasnya kembali sehingga nyawa Rasulullah kini sampai ke halkum baginda, lalu, "Allah.... tiadakah cara yg paling mudah untuk kekasih Allah ini, ya Izrail?" baginda bertanya lagi. "tiada ya Rasulullah.. inilah cara yang paling lembut dan halus sekali Ya Rasulullah". "kalau begini lembut nyawaku di ambil, aku terasa sakit yg teramat sangat, bagaimanakah pula dengan umatku nnt?" Rasulullah masih sempat memikirkan mengenai umatnya yang akan menghadapi saat kematian mereka lalu baginda bersabda lagi, "kalau begitu, Izrail, kau letakkan semua kesakitan umatku menghadapi sakaratul maut itu kepada ku sekarang... aku tidak sanggup melihat umatku menanggung kesakitan di saat kematian mereka.." begitulah kasihnya Rasulullah terhadap umatnya yang mana kita tidak langsung memikirkan mengenai mati, malah takut kepada mati sedangkan kematian itu merupakan salah satu perkara yang akan ditempuh oleh setiap yang hidup dimuka bumi ini..

wallahu'alam...

(maaf lmbt upload sbb baru berkesempatan utk menulis setelah stop sekejap dari kerja yg menimbun ni..)

Thursday, March 17, 2011

Keluarga ku sayang...

aku berkahwin dengan gadis pilihanku pada penghujung tahun 2007 dan kini kami dikurniakan 2 orang cahaya mata.. isteriku bernama Nur Azniza Arsad, anak ku yg sulung , Muhammad Hadif Darwisy lahir pada 1 Dec 2008 manakala anak ku yg ke-2 pula, Muhammad Haris Darwisy lahir pada 21 Jun 2010..

ini lah gambar2 mereka yg paling aku sayang kat dunia ni selain mak ayah dan adik beradik ku yg lain..

aku dan isteriku yg tercinta...

anak ku yg sulung, Muhammad Hadif Darwisy

my 2nd hero, Muhammad Haris Darwisy









inilah permulaan bagaimana blog ku ni darwisyluvDSLR diber nama.. iaitu sempena dengan nama akhir anak2 kesayangan kami.. buah hati pengarang jantung papa dan mama..

papa sayang korang semua..

(semua gambar di ambil menggunakan kamera handphone, sebelum beli DSLR)

Kisahku dan DSLR bermula... (Part 2)

Bengkel Fotografi Percuma Anjuran AdhadiMohd.com

...maka aku pu hadir la ke bengkel fotografi percuma sesi pertama yang dianjurkan oleh wedding photog aku yang kini tak lagi mengambil gambar orang kawen, tetapi telah membuka perniagaan DSLR training center yang mana mengajar individu atau kakitangan kerajaan/badan berkanun/swasta yang berminat menjadi fotografer sepenuh masa.. 

bertempat di taman herba tasik perdana, beliau memulakan sesi dengan memberi penerangan mengenai perkara asas dalam DSLR iaitu ISO, aperture, shutter speed.. selesai penerangan, kitorg emua bergerak ke lokasi assignment dan sebelum fotoshoot yg pertama, kami sekali lagi diberi penerangan mengenai bagaimana utk mendapatkan gambar yg terbaik dengan menggunakan teknik berikut; rules of third, lead-in line, depth of field (DOF), DOF nipis, DOF luas.. 

kemudian kami bergerak keluar dari taman herba dan menuju ke kawasan yg penuh dengan bunga.. di sini kami diajar bagaimana utk apply teknik DOF nipis/luas, fore ground, mid ground dan background (perspektif berlapis) utk mandapatkan gambar macro bunga tersebut dan juga menghasilkan bokeh yg baik.

akhir sekali kami mengambil gambar group photo utk batch pertama bengkel fotografi percuma ni.. kesimpulannya, selepas aku menghadiri bengkel ni, byk ilmu yg aku dapat mengenai cara pengendalian DSLR ni menggunakan mode semi-auto. banyak lagi yang aku perlu pelajari dan 'explore' utk aku sampai ke tahap mode manual..

sekian dulu buat masa ni.. tunggu penerangan yg akan aku tulis mengenai perkara yg aku ceritakan di atas tadi berkenaan basic dan teknik DSLR.. 

Kisahku dan DSLR bermula... (Part 1)

ada satu hari tu (tak ingat bila, tp sekita hujung january hingga awal february 2011), masa balik keje... bosan2 sebelum balik rumah aku singgah jap ke The Mines untuk cuci mata dan makan malam sekali.. (tak masak during weekdays).. aku singgah la satu2 kedai komputer dan kedai kamera saje2 window shopping..

masa tu terpikir nak beli laptop sbb laptop lama skrin monitor dah pecah.. so, aku pun singgah la satu kedai komputer ni sambil tgk2 mini laptop atau lebih tepat lagi netbook. tetiba aku terpandang 2 model ni, lenovo dan acer yg saiznya menepati citarasa aku.. takde cakap banyak, aku terus sambar acer tu dan mintak salesperson tu configure sekali (malas nak buat sendiri, balik nak terus guna je..).. so, salesperson tu pun cakap datang lagi sejam utk ambik.. aku pun ok je la lgpun perut dah lapar dah time tu, terus gi makan..

ni la dia acer aspire one happy...

keluar je dari kedai komputer tu terus nampak kedai kamera yg terletak belakang kedai komputer tu.. (kedai ni kat corner, so nampak terus la).. aku pun singgah jap usha2 kamera.. dlm hati mmg dah lama minat DLSR tp plan nak beli tu takde lagi.. tgh2 dok cuci mata, aku terpandang model 500D dan 550D. aku pun tanya la salesperson kat situ utk tau perbezaan kedua2 model ni.. then cerita punya cerita, ntah macam mana aku terus je cakap "ok la, u kasi i 550D kitlens 2". Kitlens 1 ialah EF 18-55mm IS, manakala kitlens 2 ialah EF 18-135mm IS macro. aku fikir2 balik dari ambik lens pendek baik aku ambik panjang terus.. lagi pun kedua2 lens ni f/3.5-5.6 IS. pergh.. sedar tak sedar petang tu aku dah abiskan dekat2 RM5,500 cash.. huhuhu.. ntah macam mana aku boleh belanja besar hari tu tanpa fikir apa terus beli apa yg terlintas kat mata aku..

Canon EOS 550D a.k.a Rebel T2i

teringin nak ada telephoto lens yg mcm senapang patah ni.. hehehe..

balik umah, aku pun test la gadget baru aku ni.. laptop tak bukak lagi ni.. sbb teruja ngan DSLR baru.. aku try snapshot gambar anak-anak aku 3-4 keping lepas tu aku tgk hasilnya.. (masa tu dial setting kat M, setting adjust ikut suka hati).. aku preview balik gambar yg aku snap td, damn.. semua blur.. terus aku teringat laptop baru tu, dan aku online terus utk google cara menggunakan DSLR.. dapat la info sikit..

esoknya kat ofis, aku tetiba teringat wedding photog aku 3 tahun dulu.. ntah dia ingat aku lagi ke tak.. tp aku masih simpan no hp beliau.. sebelum aku call dia, aku google page dia maka keluarlah website dia.. aku terbaca yg dia ni nak buat free DSLR workshop sekitar KL.. apalagi, pucuk dicita ulam mendatang la.. dan aku bagaikan org yg mengantuk disorong bantal la ni, atau pepatah lain langkah kanan.. terus aku call dia dan intro diri aku tgk dia recognize aku lagi ke tak.. alhamdulillah, dia masih ingat aku lagi.. so, aku pun tanya la mengenai bengkel fotgrafi free dia ni.. dia kata ni first time dia buat outing free nak kongsi ilmu fotografi dan mengalu-alukan kehadiran aku gak.. aku terus reg nama aku utk hadir pada weekend tu..

(bersambung...)