hari ni, ketika beri'tikaf kat masjid, tok siak buat pengumuman bahawa tazkirah dan khutbah hari ni akan disampaikan oleh ustaz jemputan dari Penang. lupa lak nama ustaz tu.. tp aku suka cara pendekatan beliau.
ustaz ni punya cara penyampaian agak 'harsh' sikit.. namun kita pasti tak boleh menolak disebabkan oleh hujah beliau yg sangat kukuh.
khutbah pertama beliau berkisar mengenai kitab suci Al-Quran, dimana segala maklumat mengenai sains telah termaktub didalam Al-Quran sebelum para saintis barat mengeluarkan kajian meraka. beliau juga mengupas mengenai perihalan politik yang juga ada disebutkan di dalam Al-Quran.. dan, beliau menceritakan perbandingan kepimpinan Saidina Umar Al-Khattab dengan kepimpinan wakil rakyat kita hari ini.. di mana Umar Al-Khattab memimpin 1/4 dunia ini berbanding dengan pemimpin kita yg baru memegang 1 daerah @ negei yg sudah besar kepala, rasuah sana sini, kumpul kekayaan manakala rakyat tertindas dgn kemiskinan sedangkan pemerintahan Umar Al-Khattab amat berbeza. beliau hanya tinggal di dalam rumah yang kecil, kadangkala tidur di bawah pohon kurma, dan pakaian beliau yg lusuh hanya beberapa helai. dibandingkan dengan gabenor dari syria, yg diadukan oleh seorang hamba Allah kepada Umar, "ya Amirul Mukminin, sungguh zuhud engkau, yakni tidur di bawah pohon kurma, sedangkan gabenor syria bermewah-mewah. jika engkau tidak percaya, pergilah kamu melihatnya sendiri." Maka pergilah Umar ke syria dan terlihatlah beliau akan gabenor terbabit yg sedang diusung kesana kemari memakai pakaian yg indah.. terlihat akan kelibat Umar, gabenor terbabit turun dari pengusungan dan lari balik untuk menukar pakaiannya dan teru mengadap Umar sambil menjelaskan kejadian tadi, "Ya Amirul Mukminin, apa yg engkau lihat tadi hanyalah kerana aku menerima tetamu bukan islam dan aku ingin tunjukkan kepadanya yg pemimpin islam adalah hebat." Umar cuma menjawab, "aku tidak kisah dengan apa yg kamu buat tetapi sanggupkah kamu menerima penghisaban dari Allah di akhirat nnt?" terduduk gabenor tersebut dan terus menangis mendengar jawapan dari Umar. Hebatnya Saidina Umar Al-Khattab..
Khutbah kedua adalah mengenai kisah kewafatan Rasulullah saw kita yg mana jatuh pada 12 Rabiul Awal, sama tarikh dengan hari kelahiran Baginda yg jatuhnya juga pada hari Jumaat. Baginda merasakan ajalnya semakin hampir lalu ketika Bilal Bin Rabbah melaungkan azan Zohor, Baginda memanggil puterinya, Saidatina Fatimah seraya berkata, "katakan pada bilal yg aku uzur hari ini dan perintahkan Umar supaya mengimamkan jemaah.. Fatimah berlari ke masjid yg jaraknya 50m dari rumah Baginda dan beliau terserempak dengan Ali bin Abi Talib lalu menceritakan kepadanya.. mereka berdua bergegas mendapatkan Bilal dan apabila Bilal tahu perara itu, Bilal pun berlari ke rumah Rasulullah dan mengangkat Baginda ke masjid. di masjid, Umar membacakan khutbah sambil berlinangan air mata kerana mereka tahu yg masa Rasulullah telah sampai.. sehinggakan ketika sedang membaca surah didalam solat jumaat, Umar membacanya sambil menangis.. selesai solat, Rasulullah diangkat pulang kerumah, dan Baginda berkata kepada Fatimah, "..jika ada sesiapa yg ingin datang menemuiku, katakan padanya yg aku uzur". tiba2 bunyi ketukan pintu dan Fatimah bergegas membukanya lalu berdirilah seorang lelaki berpakaian putih dan Fatimah memandangnya dengan ketakutan. Fatimah kembali kepada Rasulullah dan bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah org yg berpakaian putih itu sehinggakan aku gentar melihatnya?" Rasulullah menjawab, "benarkan ia masuk menemuiku, sesungguhnya dia lah Izrail yg ingin mengambil nikmat dariku".. Izrail pun masuk dan menemui Rasulullah. Baginda bertanya kpd Izrail, " kenapa engkau lambat, ya Izrail?" "Aku cuba mencari sedikit lagi masa lagi untukmu Ya Rasulullah.. tetapi tiada lagi.." menangis Izrail menjelaskan. Rasulullah bertanya lagi ," di manakah Jibril, walhal dialah yg sering bersamaku ketika aku susah dan senang?" terdengar oleh Jibril, maka turun la ia ke sebelah Rasulullah. "aku disini Ya Rasulullah." "kenapa engkau tiada di saat kematianku hampir tiba, Jibril?" "aku tidak sanggup melihat saat kematianmu, Ya Rasulullah.. mati itu amat sakit". "maka, jalankanlah tugasmu ya Izrail,"
maka Izrail pun memulakan tugasnya dengan cara yg amat lembut sekali sehingga nyawa Rasulullah ke lutut baginda.. kedengaran Rasulullah menjerit "Allah... tiadakah cara yg paling mudah untuk kekasih Allah ini, ya Izrail?" tanya Rasulullah.. "inilah cara yang paling lembut dan halus sekali Ya Rasulullah". Izrail menyambung tugasnya kembali sehingga nyawa Rasulullah kini sampai ke pusat baginda, lalu, "Allah.... tiadakah cara yg paling mudah untuk kekasih Allah ini, ya Izrail?" baginda bertanya lagi. "tiada ya Rasulullah.. inilah cara yang paling lembut dan halus sekali Ya Rasulullah". Izrail menyambung tugasnya kembali sehingga nyawa Rasulullah kini sampai ke halkum baginda, lalu, "Allah.... tiadakah cara yg paling mudah untuk kekasih Allah ini, ya Izrail?" baginda bertanya lagi. "tiada ya Rasulullah.. inilah cara yang paling lembut dan halus sekali Ya Rasulullah". "kalau begini lembut nyawaku di ambil, aku terasa sakit yg teramat sangat, bagaimanakah pula dengan umatku nnt?" Rasulullah masih sempat memikirkan mengenai umatnya yang akan menghadapi saat kematian mereka lalu baginda bersabda lagi, "kalau begitu, Izrail, kau letakkan semua kesakitan umatku menghadapi sakaratul maut itu kepada ku sekarang... aku tidak sanggup melihat umatku menanggung kesakitan di saat kematian mereka.." begitulah kasihnya Rasulullah terhadap umatnya yang mana kita tidak langsung memikirkan mengenai mati, malah takut kepada mati sedangkan kematian itu merupakan salah satu perkara yang akan ditempuh oleh setiap yang hidup dimuka bumi ini..
wallahu'alam...
(maaf lmbt upload sbb baru berkesempatan utk menulis setelah stop sekejap dari kerja yg menimbun ni..)
wah..panjangnya..ni betul2 ingat dalam kepala ke? ....
ReplyDelete