APA YG ADA PADA MODE DIAL
di atas merupakan mode dial bagi DSLR Canon EOS 550D / Rebel T2i.A-DEP
-atau nama panjang bagi mode ini ialah "Automatic Depth of Field". Depth of Field (DOF) akan dikawal secara automatik oleh kamera di mana semua AF point akan berfungsi untuk menentukan DOF secara auto.
M
-Full manual mode, di mana shutter speed, aperture, ISO, exposure, metering, pic style and etc adalah dikawal secara manual oleh fotografer itu sendiri.
Av
-Aperture Priority, iaitu kita mengawal bukaan aperture dan setting biasa yang lain tetapi shutter speed ditentukan oleh camera sendiri.
Tv
-Shutter Priority, iaitu kita mengawal kelajuan shutter (shutter speed) tetapi bukaan aperture dikawal oleh camera.
P
-Program AE mode, di mana camera akan mengawal kelajuan shutter dan bukaan aperture secara automatik manakala setting yang lain di kawal oleh fotografer.
CA
-Creative Auto mode, fungsi sama seperti full auto mode tetapi kawalan kepada picture brightness, depth of field dan colour tone boleh dikawal dengan mudah oleh fotografer.
[kotak hijau]
-bermaksud Full Auto mode, dimana fotografer tidak perlu membuat sebarang setting ke atas kamera, tetapi boleh terus mengambil gambar dan segala setting dikawal sepenuhnya oleh kamera. Jika di tempat yg kurang cahaya, buil-in flash akan popout dgn sendirinya..
[no flash]
-Full Auto mode tanpa flash, mengambil gambar sama seperti full auto tetapi tanpa flash.
[gambar orang]
-potrait mode, full auto mode untuk mengambil gambar potrait.
[gambar gunung]
-landscape mode, full auto mode untuk mengambil gambar landscape.
[gambar bunga]
-macro, full auto mode untuk mengambil gambar macro (gambar jarak dekat).
[gambar orang berlari]
-sport, full auto mode untuk mengambil gambar subject yg bergerak.
[gambar orang dan bintang]
-night potrait, full auto mode untuk mengambil gambar potrait ketika waktu malam atau kekurangan cahaya.
[gambar kamera video]
-mode untuk merakam video, tetapi memerlukan setting manual seperti mengambil gambar dalam mode manual atau semi auto.
Manual mode / Semi Auto mode
mode semi-auto adalah dari A-DEP, M, Av, Tv, P dan CA.
Full Auto mode
mode bagi full auto selain dari di atas.
manakala bagi pengguna Nikon pula adalah seperti berikut:
saya nak cerita lebih2 pasal Nikon tak reti sbb saya guna Canon.. tetapi walau apa brand yang anda guna semuanya mempunyai kelebihan yang sendiri.. pada saya sbb dah guna Canon, mungkin replacement lepas ni akan Canon juga sebab lens yg saya dah ada takleh nak fix kat body ain melainkan anda ada lens converter..
pada saya, Canon sbb saya dah terbiasa dgn product dari brand ini, Nikon pula mempunya pemproses yg sungguh unik terbina dalam body sbb boleh melakukan pre-editing, Sony pula (sbg cth: Sony Alpha) boleh menghasilkan gambar yang mempunyai warna yang amat baik sekali berbanding Canon dan Nikon.. Tiap2 brand itu tak memberi apa-apa makna pada saya cuma gambar yg diambil tu terbaik atau tidak bergantung pada skill kita. jika kita diberi gambar tanpa exif data, bolehkah kita menentukan kamera brand apa yg digunakan oleh fotografer berkenaan?
"jika saya berikan anda berus yg terbaik sekali kualiti dan pembuatannya, bolehkah anda melukis monalisa?" begitu juga dengan kamera. yg penting, tepuk dada, tanya selera.. tepuk poket, tanya budget..
~DarwisyLuvDSLR
No comments:
Post a Comment