...maka aku pu hadir la ke bengkel fotografi percuma sesi pertama yang dianjurkan oleh wedding photog aku yang kini tak lagi mengambil gambar orang kawen, tetapi telah membuka perniagaan DSLR training center yang mana mengajar individu atau kakitangan kerajaan/badan berkanun/swasta yang berminat menjadi fotografer sepenuh masa..
bertempat di taman herba tasik perdana, beliau memulakan sesi dengan memberi penerangan mengenai perkara asas dalam DSLR iaitu ISO, aperture, shutter speed.. selesai penerangan, kitorg emua bergerak ke lokasi assignment dan sebelum fotoshoot yg pertama, kami sekali lagi diberi penerangan mengenai bagaimana utk mendapatkan gambar yg terbaik dengan menggunakan teknik berikut; rules of third, lead-in line, depth of field (DOF), DOF nipis, DOF luas..
kemudian kami bergerak keluar dari taman herba dan menuju ke kawasan yg penuh dengan bunga.. di sini kami diajar bagaimana utk apply teknik DOF nipis/luas, fore ground, mid ground dan background (perspektif berlapis) utk mandapatkan gambar macro bunga tersebut dan juga menghasilkan bokeh yg baik.
akhir sekali kami mengambil gambar group photo utk batch pertama bengkel fotografi percuma ni.. kesimpulannya, selepas aku menghadiri bengkel ni, byk ilmu yg aku dapat mengenai cara pengendalian DSLR ni menggunakan mode semi-auto. banyak lagi yang aku perlu pelajari dan 'explore' utk aku sampai ke tahap mode manual..
sekian dulu buat masa ni.. tunggu penerangan yg akan aku tulis mengenai perkara yg aku ceritakan di atas tadi berkenaan basic dan teknik DSLR..
No comments:
Post a Comment