Friday, March 25, 2011

Light Painting...

aku tak berkesempatan nak menulis mengenai apa itu rule of third, depth-of-field, dan lain2 spt yg aku janjikan.. sebabnya, tak sempat nak mengarang dan mengumpulkan bahan2 artikel.

so, sbg ganti, aku nak cerita pasal light painting.. apa itu light painting? light painting ni merupakan satu trick menggunakan kamera untuk menghasilkan imej bayangan cahaya. berikut adalah contoh2 yg pertama kali aku cuba, setelah belajar menerusi google.. hehehe.. tak belajar ngan sifu lagi ni.. komen anda amatlah dialu-alukan..




aku nak tulis nama akhir anak aku "Darwisy" tapi D tu ekornya panjang sgt dah nampak macam P. biasa la budak baru belajar light painting.. belajar pun dgn google je.. insya'allah aku akan berguru dan memperbaiki skill light painting ni.. lihat pada hasil berikutnya.






...percubaan yang kedua.. kali ni line kat bawah tu bertindan lak ngan subjek yg aku buat...



ok, yg ni mcm ada perspektif sket sbb nampak macam tulisan tu makin ke dalam.. (percubaan ke-3)



Bagaimana untuk menghasilkan Light Painting

Peralatan yg perlu untuk menghasilkan light painting:
1. Kamera DSLR
2. Tripod
3. Lampu suluh
4. Kawasan yg gelap (atau kurang cahaya)
5. Remote shutter (klu takde, guna self timer je mcm percubaan aku di atas)

Teknik menghasilkan light painting:
1. Setkan kamera anda pada mode M (manual)
2. Pilih shutter speed sekurang-kurangnya 10 saat
3. Setkan bukaan aperture pada bukaan yg terbesar mungkin pada kamera anda (cth: f/3.5)
4. Pilih ISO yg terendah sekali (ISO 100)
5. White balance pula disetkan pada daylight
6. Setkan self timer (kerana anda tidak akan menyentuh butang shutter utk mengelakkan kamera goyang)
7. Tekan shutter dan terus ke hadapan kamera dan memulakan light painting mengikut kesukaan anda
    (pastikan anda ON lampu suluh anda utk light painting dan OFF utk mendapatkan space)
8. Setelah selesai, tunggu sehingga shutter tertutup dan kemudian lihatlah hasilnya..


selamat mencuba...

~DarwisyLuvDSLR

No comments:

Post a Comment